Hidup bagaikan putarn roda
Berpusing tanpa undur
Perkara yang pergi
Tak mungkin kembali
Walau peristiwa tersebut semanis gula
Ia takkan hadir lagi
Dalam hidup tiada peristiwa yang sama
Mengulangi pada lain hari
Setiap hari berlainan
Pelbagai perkara dihadapi
Kadang duka kadang gembira
Kadang sedih kadang ceria
Kadang gelak ketawa kadang menangis hiba
Walau teruk mana hari kita
Jangan mudah berprasangka
Setiap perkara ada hikmahnya
Hanya Allah yang mengetahuinya
Kita sebagai umat hanya mampu berdoa
Agar hari2 sentiasa brmakna...
No comments:
Post a Comment